• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dyana Sofya Desak UM Gugurkan Pertuduhan Ke Atas Pelajar

oleh Ahmad Albab
03/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam muda yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud mendesak Universiti Malaya (UM) menggugurkan dakwaan ke atas pelajar mereka yang terlibat dalam satu perhimpunan haram di universiti itu baru-baru ini.

Beliau mendakwa, tuduhan itu perlu ditarik balik bagi mengelak universiti itu dilihat mahu mengawal dan ‘mencuci otak’ pelajar mereka atas kepentingan politik parti tertentu.

“Mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan UM memulakan prosiding tatatertib terhadap pemimpin pelajar kerana mengadakan perhimpunan bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dikehendaki menghadiri perbicaraan tatatertib di universiti pada 7 November ini dengan ketua mereka, Fahmi Zainol dikenakan sebanyak 9 pertuduhan.

Meskipun dihalang UM, ratusan peserta perhimpunan itu menyerbu pintu utama universiti berkenaan bagi membolehkan Anwar memasuki universiti berkenaan untuk menyampaikan ucapan.

Program “40 tahun: Dari UM ke penjara” itu diisytiharkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof kerana mencemar imej universiti. – mynewshub.cc

Tags: Dyana SofyaUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

04/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd