• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Harap Pemain Beri Aksi Terbaik Menentang Syria

oleh Ahmad Albab
09/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh berharap anak buahnya dapat memberikan persembahan terbaik ketika menentang Syria dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Beliau berkata perlawanan persahabatan itu kelak mampu menguji persediaan pasukan dalam menghadapi saingan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Singapura pada 23 November ini.

“Saya amat mengharapkan dalam perlawanan persahabatan dengan Syria kelak, kita akan dapat memberikan saingan walaupun kita tahu kedudukan pasukan Timur Tengah itu telah mencapai tahap Eropah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dollah berkata demikian sebelum skuad Harimau Malaya menentang skuad Piala Presiden Johor dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Kluang di sini hari ini.

Beliau berkata persiapan yang dilakukan oleh pasukan kebangsaan selama seminggu di Johor membuatkan pasukannya lebih berkemampuan untuk bersaing dengan Syria.

Skuad negara akan pulang ke ibu negara selepas perlawanan persahabatan tersebut.

Mengenai latihan skuad Harimau Malaya di padang tiruan di Stadium Kluang, beliau berkata, ia sedikit sebanyak mampu menyediakan pemain-pemainnya untuk berhadapan dengan padang tiruan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Menurut beliau, kualiti padang tiruan di Stadium Kluang adalah jauh lebih baik daripada Stadium Jalan Besar di republik itu, namun pemain-pemain kebangsaan lebih minat bermain di padang rumput asli.

Menyentuh tahap kecergasan pemain-pemain kebangsaan, Dollah berkata semuanya berada dalam keadaan baik kecuali kecederaan kecil yang dialami oleh Aidil Zafuan Abdul Razak, Safiq Rahim dan R.Gopinathan.

Namun kecederaan yang dialami oleh ketiga-tiga tonggak utama pasukan Harimau Malaya itu tidak serius, katanya. – BERNAMA

Tags: Dollah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd