• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cub Prix: Zaqhwan Tumpu Gelaran Pasukan Terbaik

oleh Ahmad Albab
28/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUARA keseluruhan CP130, Mohd Zaqhwan Zaidi berazam untuk merealisasikan misi pasukan untuk memenangi Anugerah Berpasukan Keseluruhan setelah berjaya mempamerkan aksi terbaik dengan mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, hari ini.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terpantas 49.670s mengatasi catatan pelumba Motul Yamaha YY Pang, Mohd Adib Rosley yang mencatatkan masa terbaik 49.931s. Catatan ketiga terpantas milik Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan masa 49.949s.

“Selain merebut kemenangan peribadi, saya mahu membntu pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk meraih gelaran pasukan terbaik pada tahun ini. Dengan masing-masing mempunyai dua pelumba yang akan bersaing dalam perlumbaan akhir, peluang masih terbuka diantara kami dan pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ (Ahmad Afif Amran dan Mohd Affendi Rosli),” jelas Zaqhwan.

Tambahnya, “Apa yang penting saya dan rakan, Sasitharen Sukumaran perlu berusaha menamatkan saingan di hadapan mereka dan kalau muncul juara, ia akan memberi banyak kelebihan mata kepada kami,” jelas Zaqhwan.

Mengulas tentang aksi di Alor Setar, Zaqhwan berkata, “Beraksi di litar baharu bukan halangan besar kepada saya. Yang penting saya perlu mendapatkan pelarasan terutama sistem suspensi terbaik. Dari segi kelajuan jentera, ia tidak mempunyai banyak masalah kerana sama seperti kebiasaannya, jurutera pasukan telah menyediakan jentera pada tahap terbaik.

“Jika cuaca hujan pada perlumbaan akhir esok, saya fikir ia bukan halangan kerana tayar Dunlop yang kami gunakan memberikan cengkaman yang cukup baik. Mudah-mudahan kami dapat mencapai misi meraih kemenangan berganda pelumba dan pasukan terbaik pada tahun ini,” jelas Zaqhwan.

Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) muncul pelumba terpantas ujian masa dengan catatan masa 52.595s.

Dua pelumba Felda Pbafb Tech Racing, Aziamizat Sumairy dan Mohd Iqbal Amri Abd Malek mempamerkan prestasi terbaik pada musim ini setelah mencatat masa kedua dan ketiga terpantas, masing-masing dengan masa 53.078s dan 53.092s.

“Saya hanya menetapkan matlamat untuk mengekalkan kedudukan di tangga ketiga keseluruhan ketika ini. Paling penting saya perlu menamatkan saingan di atas podium pada perlumbaan akhir esok,” jelas Tengku Amirul.

Sementara itu, dalam kategori Wira, juara keseluruhan, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) terus mendominasi saingan dengan melakukan catatan terpantas, 53.214s diikuti rakan sepasukan, Mohd Harith Farhan dengan masa 53.729s. Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda Pbafb Tech Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 53.755s.

Keputusan Latihan
CP130
1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 49.670s 2.Mohd Adib Rosley (Yamaha) 49.931s 3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 49.931s 4.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 50.118s 5.Azhar Abdul Jalil (Yamaha) 50.245s

CP115
1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 52.595s 2.Aziamizat Sumairy (Yamaha) 53.078s 3.Iqbal Amri Malek (Yamaha) 53.092s 4.Kasma Daniel (Yamaha) 53.117s 5.Rozaiman Mohd Said (Honda) 53.325s

WIRA
1.Khairul Idham Pawi (Honda) 53.214s 2.Harith Farhan Baharin (Honda) 53.729s 3.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 53.755s 4.Afiki Supaat (Yamaha) 53.822s 5.Saiful Azhary Muhamad (Honda) 54.496s

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd