• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Semula Kes Ibrahim Ali – Joseph Kurup

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lanjutan kenyataan dari Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab Bible dalam Bahasa Melayu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menggesa agar peguam negara membuka semula kes tersebut.

Kata beliau, gesaan itu patut diperincikan kerana ia melibatkan usaha dalam menangani isu hasutan dan kebencian agama yang semakin berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan.

Memetik kenyataannya yang disiarkan portal The Malaysian Insider, “Saya menggesa peguam negara membuka dan mengkaji semula kes Ibrahim bagi memastikan kelangsungan perpaduan kita.”

Katanya lagi dalam sesi di Dewan Rakyat, “Kita sentiasa mendengar suara rakyat dan langkah berkenaan sebagai cara membolehkan kita menangani kebangkitan pendapat agama yang tidak bertoleransi dan memuaskan hati rakyat.”

Kata Joseph, kes itu patut diserahkan kepada badan kehakiman untuk memutuskan sama ada Presiden Perkasa itu bersalah atau tidak.

“Kita mahu kes itu dibuka dan dinilai semua. Sama ada disabitkan salah atau tidak, itu lain kira.”

Joseph mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang dilontarkan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin tentang kewajaran kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Ibrahim.

Tahun lalu, Ibrahim membuat kenyataan menyeru orang ramai membakar Bible dan ia mendapat reaksi negatif dari penganut Kristian termasuk ahli politik yang mengkritik Putrajaya kerana berat sebelah dalam penggunaan Akta Hasutan.

Kes berlanjutan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri turut dikecam apabila mengeluarkan kenyataan yang Ibrahim tidak bersalah kerana hanya mahu mempertahankan Islam.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail kemudiannya mempertahankan kenyataan itu dengan menyeru agar ia dilihat dari konteks yang lebih menyeluruh.

Kata Abdul Ghani, kenyataan tersebut dibuat bagi merujuk tindakan mengedar Bible kepada pelajar Islam di SMK Jelutong, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Ahli ParlimenAkta HasutanMenteriPERKASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

05/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini 'panas' dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan. Pertikaman lidah tercetus...

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

27/07/2025
0

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen berhak mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat dan tiada pihak boleh melarang, kata Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd