• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima Navy Seals Marah, Bekas Komando Bocor Rahsia

oleh
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Panglima pasukan elit tentera laut Amerika Syarikat, Navy Seals melahirkan rasa marah apabila mendapati trend bekas anggota komando mereka membocorkan rahsia organisasi tersebut menerusi penerbitan buku memoir diri.

Laksamana Brian Losey, ketua pemerintah perang khas Navy Seals berkata, beliau berang sebaik diberitahu ada lagi mantan anggota elit itu mendedahkan operasi pasukan tersebut terutama misi membunuh pemimpin utama al-Qaeda, Osama Laden di Pakistan tahun lalu.

“Etika kita ialah tidak mengiklankan cara kerja apatah lagi mencari nama atas setiap tindakan,” tegas beliau mengulas penerbitan terbaharu buku No Easy Day tulisan bekas anggota Navy Seals, Matt Bissonnett yang menggunakan nama pena Mark Owen.

Dalam sepucuk surat yang diterima agensi berita AFP pada 3 November lalu, Losey memberi amaran, akan mengambil tindakan tegas termasuk di bawah undang-undang ke atas bekas anggota yang ingkar dengan sumpah kerahsiaan pasukan khas tersebut.

Beliau juga kesal apabila stesen Fox News enggan membatalkan dokumentari The Man Who Killed Usama Bin Laden yang dijadual disiarkan pada 11 dan 12 November ini malah tidak menghubungi Jabatan Pertahanan AS bagi mendapatkan keizinan penerbitan itu.

Navy Seals merupakan antara pasukan elit tentera yang paling disegani di dunia, dengan kejayaan terbesar membunuh Osama Laden pada 2011.

Tags: Navy SealsOsama Laden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamza Bin Laden Dipercayai Telah Meninggal Dunia

01/08/2019
0

WASHINGTON – Anak lelaki Osama Bin Laden, dilaporkan telah meninggal dunia, menurut pegawai perisikan Amerika Syarikat. Namun butiran tempat dan...

AS Tawar RM4 Juta Cari Anak Lelaki Osama Bin Laden

01/03/2019
0

AMERIKA Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM4.06 juta) bagi maklumat mengenai anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd