• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baihakki Kembali Sarung Jersi Harimau Selatan

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan kembali menyarung jersi pasukan bola sepak Johor dalam aksi Liga Malaysia pada musim hadapan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bagaimanapun memaklumkan, Baihakki akan bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) II berbanding mewakili JDT pada musim lalu.

“Pemain pertahanan tinggi lampai, Baihakki akan beraksi dalam pasukan JDTII bagi musim 2015 untuk memperkukuhkan pasukan.

“Penampilan beliau juga bertujuan berkongsi pengalaman serta memberi tunjuk ajar kepada pemain muda dalam pasukan JDTII.

“Semoga kehadiran beliau bersama Shahril Ishak serta pemain-pemain senior yang lain dapat membantu pemain-pemain muda Johor mempertingkatkan corak permainan serta tahap profesionalisma,” kata kenyataan itu hari ini.

PBNJ sebelum ini terpaksa melepaskan kontrak Baihakki bersama JDT buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada pemain itu beraksi bersama pasukan Singapura bagi perlawanan antarabangsa.

Baihakki terpaksa dilepaskan Johor DT apabila mereka mengikat pemain import baru Marcos Antonio yang pernah beraksi dengan FC Nuremberg dalam kancah Bundesliga Jerman.

Tags: PBNJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ikan Keli Emas Terperangkap Dalam Bubu

Next Post

BB Bakal Hadir Dengan Peranti Skrin Sentuh Penuh Baru

Related Posts

Perbadanan Stadium Kedah Lawat Stadium Larkin

24/01/2016
0

KUALA LUMPUR - Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor menerima lawatan rasmi daripada Perbadanan Stadium Kedah...

JDT Akui Musim Depan Laluan Berliku

29/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakui pasukan itu bakal berhadapan cabaran getir untuk mengekalkan kejuaraannya pada musim depan....

Next Post

BB Bakal Hadir Dengan Peranti Skrin Sentuh Penuh Baru

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd