• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Shabery Sindir Pemuda PAS Mahu Lebih Rancangan Drama

oleh Ahmad Albab
14/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir Pemuda PAS kerana mahukan lebih banyak rancangan berbentuk drama berbanding laporan tragedi di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau berkata ini berbeza daripada sikap rakyat yang mahu RTM memberi laporan terkini berhubung bencana atau peristiwa penting yang melibatkan negara.

“Apabila berlaku bencana seperti MH370 dan MH17, rakyat mahu RTM memberi laporan terkini, tepat masa dan sepanjang masa.

“Apabila musim bola sepak Piala Dunia dan (pemain badminton Datuk Lee) Chong Wei masuk final, rakyat yang tidak memiliki Astro mahu RTM menyiarkannya,” katanya dalam entri Facebook beliau.

Entri itu mendapat 1,430 ‘like’ dan pautannya dikongsi oleh 42 pengguna laman sosial itu.

Ahmad Shabery berkata rakyat juga memohon untuk mengikut siaran langsung persidangan Parlimen, dan RTM memenuhinya dengan menyiarkan sesi soal jawab Parlimen mulai 10 pagi hingga 11.30 pagi ketika persidangan berlangsung.

“Bila Parlimen bersidang, rakyat nak tengok siaran langsung di Parlimen sekurang-kurangnya waktu soal-jawab setiap pagi.

“Ada yang tak suka, kerana masa untuk siaran drama mereka berkurangan. Yang menarik, Pemuda PAS pun mahu lebihkan drama dari semua itu,” katanya sambil menambah beliau sedia mengkaji permintaan Pemuda PAS itu.

Semalam, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim berkata sepanjang tahun ini, selain peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dan nahas Penerbangan MH17, RTM juga menjadi penyiar siaran Piala Dunia FIFA 2014, yang menyebabkan pengurangan masa siaran drama dan program tempatan.

Selain itu, RTM juga mempunyai program-program yang telah dibeli pada tahun-tahun sebelumnya yang sehingga kini masih belum disiarkan, kata Abu Bakar sebagai mengulas sebab pengurangan masa siaran drama dan program tempatan tahun ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd