• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Sayyaf Tangguh Penggal Kepala Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diberi tempoh selama 20 hari lagi walaupun kumpulan penculik Abu Sayyaf mengancam untuk memenggal kepalanya pada Ahad sekiranya wang tebusan sebanyak RM3 juta tidak dibayar.

Isterinya, Chin Pek Nyen berkata polis memaklumkannya bahawa kumpulan penculik tersebut memberi tempoh selama 20 hari lagi kepada pihak berkuasa untuk memenuhi permintaan tersebut.

“Mereka berjaya memujuk penculik tersebut untuk diberikan lebih banyak masa bagi mendapatkan wang untuk pembebasan suaminya,” kata Pek Nyen pada Sabtu.

Namun, wanita berusia 42 tahun itu berkata penculik masih enggan membenarkan dia bercakap dengan suaminya dan berjanji hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.

“Kali terakhir saya bercakap dengan suami saya adalah empat bulan lalu dan saya teringin sangat mendengar suaranya.

“Saya berharap mreka akan terus menunaikan janji dan membenarkan saya bercakap dengan suami dalam masa beberapa hari lagi,” kata Pek Nyen.

Sai Chiun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina di kolam ternakan ikan miliknya pada pukul 12.45 tengah malam, 16 Jun lalu.

Seorang lagi warganegara Malaysia, Konstabel Zakiah Aliep yang juga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 12 Julai lalu ketika membuat meronda di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.

Mereka masih lagi ditahan oleh kumpulan bersenjata itu di Jolo, selatan Filipina. – mStar Online

Tags: kes culikMilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Mengamuk Kerana Juruwang Lupa Bungkus Mi

Next Post

Repvblik Band Pilih Hard Rock Cafe Melaka Lokasi Konsert

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Next Post

Repvblik Band Pilih Hard Rock Cafe Melaka Lokasi Konsert

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd