• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Negeri Selesai Isu Penstrukturan Semula Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
02/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Enam negeri telah menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri masing-masing, yang melibatkan situasi menang-menang antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tanpa mengabaikan keperluan rakyat.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata negeri-negeri yang terlibat dengan penstrukturan itu adalah Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya Perlis juga sudah selesai proses penstrukturan itu dan hanya belum menyelesaikan isu pengkorporatan pengendali perkhidmatan bekalan air itu.

” Kita akan selesaikan dengan negeri-negeri lain. Kita dah pergi ke Kelantan, dan di sana sudah memasuki peringkat perjanjian dengan Jabatan Peguam Negara untuk dikaji. Di Terengganu dan Kedah telah memasuki fasa rundingan.

Akhir sekali kita akan ke Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula bekalan air negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata petang ini beliau akan berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Kedah.

” Proses penstrukturan itu melibatkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang diambil untuk bekalan air. Seperti di Kedah (pinjaman) melibatkan kawasan luar bandar, menaik taraf bekalan air di Kulim Hi-Tech Park dan Empangan Ahning. Ia dibuat mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) (Akta 655),” katanya.

Katanya dalam melaksanakan penstrukturan semula bekalan air itu, kerajaan persekutuan menerusi agensi, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan mengambil alih hutang kerajaan negeri dalam soal bekalan air.

” Negeri kira semua hutang air dan kira semua aset. Hutang negeri kemudian akan diambil oleh PAAB. Berapa hutang negeri akan diambil alih PAAB. Sebagai contoh hutang Sada (Syarikat Air Darul Aman) adalah RM1 bilion, kemudian aset Sada sebanyak RM1 bilion akan diserahkan kepada PAAB sebagai kontra. Pada masa yang sama kita akan beri semula kepada Sada selama 40 tahun, ada sewaan tahunan,” katanya.

Mahdzir berkata hutang yang melibatkan bekalan air oleh kerajaan negeri Kedah kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.9 bilion yang dilakukan sejak 1990.

” Untuk pengiraan hutang akan dikira oleh Kementerian Kewangan. Ada beberapa perkara seperti Kulim Hi-Tech Park mungkin boleh dihapuskan kerana kepentingannya bukan hanya melibatkan Kedah tetapi juga negeri-negeri di utara,” katanya.

Katanya di Kedah, keseluruhannya bekalan air pada tahap yang baik dan seimbang tetapi ada beberapa kawasan di daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Kuala Muda yang mempunyai masalah tekanan air.

” Terdapat kawasan-kawasan yang mempunyai tekanan air, air perlahan. Secara keseluruhan di Kedah 80 peratus adalah pengguna domestik manakala 20 peratus adalah industri dan komersial,” katanya.

Mahdzir berkata industri perkhidmatan bekalan air di Kedah mempunyai kawasan-kawasan yang sensitif seperti Kulim Hi-Tech Park dan Langkawi.

” Kawasan ini perlu dijaga. Kulim Hi-Tech Park melibatkan pelaburan langsung asing manakala di Langkawi pelabur datang untuk pelaburan pelancongan. Kita kena tengok cara terbaik selesaikan masalah itu,” katanya.

Mengenai Selangor pula, Mahdzir berkata Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan melibatkan dua perkara iaitu pembelian syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

” Bagi Langat 2, kemajuan sedang berjalan. Untuk proses pengambilalihan konsesi air pula, rundingan adalah secara terus antara kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi,” katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd