• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Gerai Di Medan Selera Di Alor Setar Musnah Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Enam buah gerai makan di sebuah medan selera berhampiran Pasar Besar di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyebabkan kebakaran itu dan dalam masa sama akan menyiasat sama ada kejadian itu berkait dengan penemuan cebisan al-Quran yang ditemui dibakar di kawasan medan selera yang sama pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata kejadian berlaku pada pukul 1.52 pagi tadi dan disedari anggota polis yang sedang membuat rondaan mencegah jenayah di sekitar kawasan tersebut.

“Anggota polis yang membuat rondaan telah melihat kebakaran yang berlaku di kawasan medan selera tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak bomba mengenai kejadian tersebut. Pemilik gerai dinasihatkan membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zakaria berkata pihaknya masih belum mengetahui punca kebakaran kerana tiada saksi yang berada di tempat kejadian semasa kebakaran itu berlaku.

“Kita masih belum mengetahui punca kebakaran tetapi kita minta pihak bomba jalankan siasatan dan sekarang menunggu laporan forensik daripada bomba untuk mengetahui punca sebenar kebakaran. Kita telah kenal pasti suspek dan akan jalankan tangkapan segera untuk membantu menyelesaikan kes ini,” katanya.

Beliau meminta masyarakat supaya tidak membuat spekulasi dan bertindak sendiri kerana bimbang akan berlaku pergaduhan, dan pihak polis tidak memandang ringan kes itu, malah akan teruskan siasatan untuk selesaikan kes itu secepat mungkin.

Sementara itu, Zakaria berkata lelaki yang ditahan berhubung kes cebisan  al-Quran yang dibakar pada Khamis lalu masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi menjalani rawatan berikutan dipercayai mempunyai masalah mental.

“Lelaki yang ditahan itu sedang dalam rawatan di HSB dan memang mempunyai rekod rawatan berkaitan sakit mental. Jadi kita akan siasat lebih lanjut untuk pastikan sama ada dia membakar cebisan al-Quran secara sengaja atau tidak,” katanya.

Seorang daripada peniaga di medan selera itu, Goh Wing Keng, 53, yang telah berniaga di medan selera tersebut selama lebih 20 tahun berkata dia terkejut apabila mendapati gerainya terbakar ketika hendak membuka gerainya pada pagi
tadi.

“Pagi tadi masa hendak buka gerai berniaga saya terkejut apabila tengok gerai saya sudah terbakar dan sedih kerana tidak dapat berniaga. Saya sudah buat laporan polis,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Poh Tan Cheng, 72, pula berkata dia menerima panggilan sekitar pukul 5 pagi daripada rakannya yang memaklumkan bahawa gerainya terbakar sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Saya terkejut tengok gerai musnah dan sedih sangat kerana saya sudah lama berniaga mi di sini dan sekarang saya terpaksa menghentikan jualan sementara.

Saya sudah buat laporan polis dan saya harap siasatan dapat dijalankan dengan segera,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tetapkan KPI Bagi Selesai Kes Cerai, Nafkah, Mutaah

Next Post

3 Maut, 26 Cedera Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

3 Maut, 26 Cedera Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd