• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Pendiam Berisiko Dapat Penyakit Kanser

oleh AK-47
26/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Individu bersikap pendiam dan kurang meluahkan masalah dihadapi lebih berisiko terkena penyakit kanser terutama wanita.

Pegawai perubatan sambilan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, terdapat kajian menunjukkan mereka yang mengalami stres dan pendiam amat dikaitkan dengan pertumbuhan kanser termasuk kanser payudara.

“Kalau orang pendiam, dia susah meluahkan rasa, mudah stres dan keadaan itu boleh menyebabkan kimia serta sel kanser mudah terbentuk.

“Jadi, selain perlu menjalani kehidupan sihat termasuk menjaga pemakanan, bersenam dan mengawal kesihatan emosi juga penting,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program Kempen Kesihatan Payudara dan Mamogram di sini, semalam.

Dr Hafidzah berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengelak diri daripada terus memendam rasa antaranya menjaga hubungan dengan ALLAH SWT, perlu ada teman untuk meluahkan rasa dan wanita lain perlu menjadi pendengar yang baik.

“Kalau isteri dapat kanser, suami perlulah menjadi penyokong yang terbaik, memahami keadaan dan menggalakkannya mendapat rawatan.

“Ini kerana, halangan terbesar bagi wanita yang menghidap kanser apabila dia takut suami tidak menerimanya jika tiada payudara,” katanya.

Katanya, wanita digalakkan sentiasa membuat pemeriksaan sendiri setiap sebulan sekali bagi mengenal pasti ketumbuhan kanser payudara. – Sinar Harian 

Tags: kesihatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengemis Kantoi Main Game Di iPhone Sambil Tunggu Derma

Next Post

162,040 Syarikat Mendaftar GST Hingga 24 November

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus Seimbang – Ismail Sabri

01/02/2021
0

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan...

Next Post

162,040 Syarikat Mendaftar GST Hingga 24 November

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd