• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zilzar.com Boleh Berjaya Seperti Platform Alibaba

oleh Ahmad Albab
29/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Zilzar.com, platform e-dagang Pasaran Gaya Hidup Islam pertama dunia, bagi perdagangan, kandungan dan komuniti untuk pasaran pengguna Islam yang bernilai US$2.5 trilion.

Beliau berharap Zilzar.com boleh berjaya seperti Alibaba di pasaran China, yang mana bakal merancak dan melonjakkan lagi dagangan halal di peringkat global.

“Persekitaran dan keadaan adalah sempurna bagi perkongsian inovatif baharu ini untuk pertumbuhan ekonomi,” kata Najib pada pelancaran rasmi Zilzar.com bersempena dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10, di sini, hari ini.

Najib juga berkata terdapat lebih 1.8 bilion orang Islam yang tinggal di 150 negara di seluruh dunia, dan minat mereka terhadap e-dagang semakin meningkat.
Turut hadir di majlis itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi ZILZAR Datuk Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack.

Perdana Menteri berkata pasaran Islam lebih besar berbanding pasaran China dan berkembang lebih pantas berbanding gabungan Amazon dan e-Bay.

“Zilzar.com bagi sektor gaya hidup orang Islam boleh menjadi seperti Alibaba dalam pasaran China, mewujudkan perniagaan dan pekerjaan baharu dan membawakan kewangan Islam ke pasaran baharu,” kata beliau.

Mengenai Zilzar.com, Najib berkata platform dalam talian baharu itu direka bentuk bagi memudahkan peniaga halal di seluruh dunia menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan efisien dan beretika.

“Ia adalah percuma, dan akan menghubungkan berjuta-juta pengguna, di samping menawarkan perniagaan kepada sebahagian daripada pasaran gaya hidup Muslim yang bernilai US$2.5 trilion,” kata beliau.

“Industri halal merangkumi segalanya daripada makanan sehinggalah kepada farmaseutikal. Tetapi perusahaan kecil dan sederhananya tersebar di seluruh
dunia.

“Mereka mahukan hubungan yang lebih baik, bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan ringkas tentang akses dan peluang pasaran,” kata Najib yang juga penaung WIEF.

Dengan tema WIEF tahun ini yang menumpukan kepada ‘Perkongsian Inovatif bagi Pertumbuhan Ekonomi’, beliau berkata Zilzar.com merupakan contoh terbaik bagi perkongsian seumpama itu untuk kepentingan bersama industri halal dan kewangan
Islam.

“Penggabungan yang sepatutnya telah lama dilakukan yang boleh merangsang ekonomi Islam bagi dekad-dekad akan datang,” kata Najib.

Secara keseluruhannya, Perdana Menteri berkata ekonomi pasaran halal bernilai US$7 trilion, blok ekonomi keempat terbesar di dunia.

“Dan dengan menghimpunkan bersama dua aspek paling tersendiri, kita boleh memanfaatkan peluang ekonomi baharu, bagi rakyat kita, perniagaan kita dan negara-negara kita.

“Halal mengeratkan hubungan orang Islam di seluruh dunia, dan juga membentuk sebahagian daripada identiti kita tetapi ia juga mempunyai daya tarikan yang lebih meluas,” kata beliau.

Di Malaysia, barangan dan perkhidmatan yang diperakui halal ada di mana-mana dan “ia digunakan oleh setiap orang, tanpa mengira agama.”

“Malahan, kepelbagaian kita merupakan satu daripada alasan Malaysia begitu menonjol di pasaran halal global.

“Kami biasanya mengeluarkan produk yang bukan sahaja patuh Syariah tetapi juga mesra pengguna dan membina institusi untuk menyokong mereka.

“Ia termasuk kewangan Islam,” kata beliau sambil menambah Malaysia melancarkan sukuk berdaulat pertama dunia sedekad lalu.

Jumlah aset kewangan global industri kewangan Islam kini dianggarkan bernilai lebih daripada US$2 trilion.

“Ia membawa peluang baharu bagi pelabur, perniagaan dan negara,” kata Najib yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Dubai mulai 28 Okt bersempena dengan WIEF Ke-10.

Dengan menyatakan bahawa perbankan Islam tidak terjejas oleh krisis kewangan global, Najib menambah ia sepatutnya kini mempunyai mandat dan keyakinan untuk maju kehadapan dan mengukuhkan kedudukan dalam perbankan dunia.

Ketika ekonomi Islam global semakin matang, dua sektor utama ini, barangan halal dan kewangan Islam – telah mewujudkan satu kelas aktiviti ekonomi yang baharu, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakWIEF
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Lelaki Termasuk Ketua ‘Geng Alif’ Ditahan Di Melaka

Next Post

Menginap Di Hotel Ini Ibarat Anda Berada Dalam Dunia Harry Potter!

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Menginap Di Hotel Ini Ibarat Anda Berada Dalam Dunia Harry Potter!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd