Kewujudan kamera khas yang dipasang di papan pemuka kereta pada masa kini membuatkan banyak saat-saat berlakunya kemalangan dirakam dan menjadi viral di laman sosial.
Salah satunya, rakaman kemalangan berlaku di China melibatkan dua skuter yang berlanggar secara bertentangan.
Kejadian dipercayai berlaku disebabkan oleh skuter di sebelah kiri yang cuba untuk memotong kereta di hadapannya secara salah dan membelok ke kiri ketika lampu isyarat di laluannya bertukar hijau.
[BACA – Dua Maut Nahas Motosikal Berkuasa Tinggi Di Gombak]
Kebetulan, skuter di sebelah kanan sedang bergerak dengan kelajuan biasa memandangkan lampu isyarat sudah pun hijau sehingga menyebabkan pelanggaran itu.
Penunggang skuter di sebelah kanan jatuh di hadapan kereta yang dipasang kamera sementara dua orang yang menaiki sebuah lagi skuter tercampak ke atas kereta berkenaan.
Kemalangan seperti ini biasa terjadi kerana sikap segelintir orang yang mahu cepat tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Tidak diketahui nasib penunggang skuter berkenaan selepas kemalangan itu tetapi dari video kita dapat melihat orang ramai membantu mangsa yang terjatuh. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ

