SEJAK insiden 11 September 2001, terma Islamophobia sering kali diguna pakai kebanyakan media asing terutamanya sekali media Barat dalam usaha mereka untuk meracuni pemikiran pembaca supaya membenci umat Islam di seluruh dunia.
Fenomena ini sangat ketara lebih-lebih lagi di negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat.
Namun, menerusi satu eksperimen sosial yang dijalankan di Australia untuk meninjau sendiri fenomena itu di negara tersebut, ternyata hasilnya memang sangat mengejutkan.
Video ini menggambarkan pemuda bertopi mengutuk orang Islam berhijab dan bersongkok di tempat awam.
Tujuannya cuma satu, mereka nak melihat respons penduduk di sana berhubung situasi yang telah dirancang itu.
Ternyata penduduk di sana memang sangat menghormati satu sama lain tanpa mengira bangsa serta fahaman agama yang dianuti malah sanggup mempertahankan maruah ‘pelakon’ terbabit yang diperkotak-katik oleh lelaki tersebut.
Saksikan sendiri! – MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE