SEBELUM ini menerusi laporan gosip sebuah akhbar ada menyatakan pelakon Usop Wilcha dan pengarah Mamat Khalid dikatakan bermasam muka disebabkan beberapa perkara yang tidak dipersetujui berhubung filem terbaharu kerjasama mereka.
Usop didakwa tidak bersetuju dengan bayaran yang ditawarkan Mamat kerana baginya ia terlalu rendah untuk namanya yang kini dikenali ramai.
Namun, pantas Usop atau nama sebenarnya, Syed Mohamad Asri membidas dakwaan tersebut malah menafikan dia kini bermasam muka ataupun bergaduh dengan pengarah kelahiran Ipoh itu.
Menerusi status Facebooknya, Usop menulis,
Jadi, dah jelaslah tuduhan itu tidak betul sama sekali.
Mana mungkin Usop nak demand lebih-lebih kerana nama dia dikenali pun menerusi filem arahan Mamat malah nama glamor Usop pun diambil menerusi salah satu watak lakonannya dalam filem arahan Abang Mamat.
Jadi, tak mungkinlah Usop nak jadi macam kacang lupakan kulit pula kan, ye dak?
– MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE