• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perak Tumpu Isu Akta Hasutan Pada Perhimpunan Agung

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Cadangan meminda Akta Hasutan 1948 adalah antara isu utama yang akan diberi perhatian oleh Badan Perhubungan Umno Perak pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bermula dari 25 hingga 29 Nov ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan Umno Negeri Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata ini kerana isu pindaan akta berkenaan menjadi perbincangan rakyat di peringkat akar umbi dan majoritinya menggesa akta itu terus dikekalkan.

“Perkara ini (Akta Hasutan 1948) diyakini menjadi tumpuan pembahas bukan sahaja dari negeri Perak, malah dari negeri lain kerana masih ramai rakyat mahukan akta ini kekal bagi menjamin kestabilan keamanan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata usaha bagi memperkukuhkan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) juga antara isu yang dijangka menjadi fokus utama pembahas, khususnya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden.

Katanya isu berkenaan perlu dibahaskan sebagai usaha Umno Perak untuk memastikan jentera parti dari peringkat akar umbi bersiap siaga dalam menghadapi PRU-14.

Katanya, usul ekonomi merangkumi banyak perkara dan pembahas kemungkinan akan menyentuh mengenai isu kenaikan harga minyak dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Khusairi berkata jawatankuasa kecil di peringkat Umno negeri akan mengadakan perbincangan mengenai isu-isu yang akan dibahaskan dan telah melantik perwakilan untuk membahas isu-isu yang dibangkitkan.

Katanya,Ketua Umno Bahagian Kampar Datuk Radhi Manan akan membahaskan usul ucapan dasar presiden, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tambun Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin akan membahaskan usul agama dan pendidikan manakala Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal membahaskan usul ekonomi.

Badan Perhubungan Umno Perak bakal menghantar 704 perwakilan daripada 24 bahagian dengan 341 perwakilan menghadiri perhimpunan utama manakala 120 ke Perhimpunan Agung Pergerakan (PAP) Wanita, 121 (PAP Pemuda) dan 122 (PAP Wanita). – BERNAMA

Tags: Akta HasutanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd