• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Sayyaf Ugut Sembelih Warga Jerman Jika Tak Diberi RM18J

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Kumpulan Militan di selatan Filipina, Abu Sayyaf mengugut untuk menyembelih seorang daripada pasangan rakyat Jerman yang ditawan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Abu Sayyaf menuntut tebusan sebanyak 250 juta pesos (RM18 juta) selain mendesak kerajaan Jerman menghentikan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Kumpulan militan berkenaan mengugut untuk menyembelih seorang daripada dua warga Jerman itu pada Jumaat.

Komander Tentera Filipina di Jolo, Colonel Allan Arrojado berkata, berikutan itu, pihaknya telah mengarahkan lebih banyak rondaan dibuat untuk mengesan mangsa.

“Kami telah bersedia untuk operasi penguatkuasaan.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membahayakan nyawa mereka,” katanya kepada pemberita.

Mangsa, Stefan Viktor Okonek dalam satu temubual radio pada Rabu berkata, dia telah dikurung di dalam lubang yang dikatakan akan menjadi kuburnya jika tuntutan kumpulan itu tidak dipenuhi.

“(Abu Sayyaf) memberitahu lubang ini adalah kubur saya,” katanya.

Pasangan itu ditawan ketika berlayar di sekitar Palawan berhampiran Sabah pada April lalu.

Jurucakap kumpulan militan itu, Abu Rami berkata, mereka akan memenggal kepala warga Jerman itu pada pukul 3 petang waktu tempatan sekiranya tuntutan yang dibuat tidak dipenuhi. – mStar Online

Tags: Militantebusan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd