• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TM Melaka Catat 250,428 Pengguna Sehingga September

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Telekom Malaysia Bhd (TM) Melaka mencatat seramai 250,428 pengguna bagi rangkaian produk perkhidmatan yang ditawarkan syarikat telekomunikasi itu sehingga Sept tahun ini.

Pengurus Besar TM Melaka Rozlan Mohamed berkata daripada jumlah tersebut, 151,199 merupakan pengguna talian tetap; jalur lebar Streamyx berkelajuan 1 megabit sesaat (Mbps) hingga 8 Mbps (80,267); pelanggan CDMA (1,066); perusahaan kecil dan sederhana (14,461) dan UniFi (3,435) yang dihubungkan menerusi 26 ibu sawat di seluruh negeri ini.

Katanya setakat ini, akses UniFi meliputi pelanggan di sekitar kawasan Malim dan Tangga Batu dan dijangka diperluas ke kawasan Ayer Keroh pada awal tahun depan.

“Ini seiring dengan sasaran penembusan jalur lebar di Melaka iaitu pada kadar 75 peratus menjelang 2015 apabila 39 peratus disumbangkan oleh TM,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian penyediaan perkhidmatan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti (HES) bersama Wana Properties Sdn Bhd di sini, hari ini.

Rozlan menandatangani perjanjian itu mewakili TM Melaka manakala Wana Properties Sdn Bhd diwakili Pengarah Eksekutifnya Wan Mohd Nazmi Wan Mohd Najib.

Katanya perjanjian tersebut meliputi penyediaan pakej maklumat dan hiburan, penyelesaian jalur lebar dalam bangunan, perkhidmatan IPTV TM, HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan yang disokong rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di Wana Riverside Hotel di Jalan Munshi Abdullah di sini.

“Projek ini merupakan perintis bagi TM Melaka dalam menyediakan perkhidmatan HES kepada hotel di negeri ini dan kita jangkakan inisiatif ini akan diikuti oleh pengusaha hotel lain untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang pelbagai,” katanya.

Sementara itu, Wan Mohd Nazmi berkata inisiatif berkenaan bertujuan memberi akses telekomunikasi yang terbaik kepada pelanggan melalui pakej disediakan TM.

“Kita berharap pengunjung atau pelanggan yang menginap di hotel ini dapat mengakses rangkaian perkhidmatan yang disediakan dengan baik sama ada bagi urusan perniagaan atau percutian,” katanya. – BERNAMA

Tags: TM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia X Tambah Kekerapan Penerbangan KL-Kathmandu

Next Post

MyTeksi, Aplikasi Pencegahan Jenayah Babitkan Pemandu Teksi

Related Posts

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

21/01/2024
0

AMPANG - Seorang pemandu lori yang memiliki 16 rekod jenayah ditahan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di...

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

Next Post

MyTeksi, Aplikasi Pencegahan Jenayah Babitkan Pemandu Teksi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd