• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Kemahiran Tenaga Kerja Kunci Perkukuh Ekonomi Digital

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUSAN (Korea Selatan) – Cabaran utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital bukan lagi membabitkan infrastruktur, tetapi pembangunan tenaga kerja negara dan keupayaan mereka memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau menegaskan perkara itu dalam ucapannya kepada perwakilan daripada 52 negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 2014 Busan di Korea Selatan hari ini.

Katanya ekonomi digital telah mengubah pasaran buruh, dengan mewujudkan kerja baharu dalam ICT dan pada masa sama mengubah keperluan kemahiran dalam kerja bukan-ICT yang sedia ada.

“Kami sedar bahawa penembusan ICT, infrastruktur dan pembiayaan hanya sebahagian kecil cabaran-cabaran yang kita hadapi sekarang.

“Cabaran utama kami adalah memperkasakan sistem pendidikan kami dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja kami melalui latihan semula supaya mereka dapat terus menyumbang kepada ekonomi digital baharu ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata langkah seterusnya adalah bagaimana untuk belajar daripada pihak lain mengenai intervensi kerajaan dan peraturan.

Katanya sektor ICT akan menyumbang 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2020, khususnya dalam bidang perkhidmatan ICT, e-perdagangan, pembuatan ICT, perdagangan ICT serta kandungan dan media.

Mesyuarat Menteri-Menteri ICT Busan diadakan sebelum perasmian Persidangan Ke-19 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), bertema ‘Peranan ICT Pada Masa Depan – Pembangunan Mampan Dengan ICT Inklusif”.

Mengambil perhatian bahawa maklumat merupakan alat untuk mengurangkan ketidakpastian, Ahmad Shabery berkata dalam dunia yang kini mempunyai jaringan hubungan yang luas, masih terdapat banyak ketidakpastian.

“Kita berdepan ancaman siber, kadang kala dalam bentuk serangan terhadap rangkaian kita yang lemah. Kadang kala kita menyaksikan ICT digunakan untuk tujuan memecah-belahkan jaringan sosial atau tindakan pihak tiada negara untuk meruntuhkan negara yang sah,” katanya.

Beliau percaya mesyuarat itu dan platform lain pada masa depan akan menyediakan garis panduan kepada semua peserta, bukan sahaja dari segi memacu pertumbuhan ekonomi tetapi juga mengelakkan kemungkinan impak negatif daripada jaringan hubungan luas di dunia yang disediakan ICT.

Ketika ditemui selepas mesyuarat itu, Ahmad Shabery berkata Malaysia tidak bersendirian dalam mendepani cabaran berkenaan.

Di seluruh dunia, katanya, kerajaan, pengawal dan industri turut memberi perhatian terhadap usaha bagaimana untuk menggalakkan dan mempromosikan pertumbuhan ICT, keterangkuman, inovasi mampan dan keselamatan.

“Kami akan meneruskan usaha kami untuk merapatkan jurang digital, memperkasakan warganegara kami dan membuka peluang-peluang baharu untuk meningkatkan taraf kehidupan menerusi ICT.

“Kami juga akan fokus terhadap pembangunan modal insan kami, melindungi kedaulatan infrastruktur negara kami dan memastikan pengunaan teknologi secara selamat,” kata Ahmad Shabery yang mengetuai delegasi Malaysia pada Persidangan ITU yang bermula Isnin.

Pada majlis makan malam yang diadakan sempena mesyuarat itu, Malaysia diberikan penghormatan untuk berucap mewakili 52 negara dan menyampaikan perutusan tahniah kepada tuan rumah. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd