• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Ceroboh UM Perbuatan Cemar Martabat IPT

oleh Ahmad Albab
29/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tindakan orang ramai dengan dibantu oleh segelintir mahasiswa merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam, mencemar martabat dan kedudukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Datuk Prof Dr Daing Nasir Ibrahim berkata perbuatan itu juga perbuatan jenayah kerana menceroboh kawasan dan melakukan aktiviti ceramah di insitusi pengajian tinggi terulung negara itu tanpa kebenaran.

“Saya tidak boleh terima jika ada pihak luar yang menceroboh UMP dan kalau di kampus UMP, sesiapa yang hendak masuk (ke kawasan) universiti perlu mendapat kebenaran Naib Canselor.

“Pihak universiti sendiri dari semasa ke semasa sentiasa mengundang penceramah dan pemidato dari luar dan dalam masa sama, kita juga turut menjaga nilai seseorang individu yang hendak masuk ke kampus,” katanya selepas perasmian Hari Terbuka Antarabangsa UMP di UMP kampus Gambang dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden pencerobohan UM malam semalam yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa IPT itu serta penyokong kepada ketua pembangkang itu.

Lebih memalukan, Daing Nasir berkata apabila usaha berkenaan turut dibantu oleh pelajar UM dan kelakuan itu amat tidak sopan dan menunjukkan sikap seseorang yang tidak terpelajar.

“Kampus merupakan gedung ilmu, ia tidak boleh dicampuradukkan dengan fahaman-fahaman politik. Kita boleh mengupas sesuatu isu dari segi akademik, tetapi kalau berpolitik secara luar dari normanya seperti mencerca dan mengata maka ini tidak boleh diterima di kampus,” katanya.

Daing Nasir berkata, kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya semua pihak menghormati undang-undang yang membenarkan pelajar universiti terbabit dengan kegiatan politik tetapi ia perlu diadakan di luar kampus selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam masa sama, katanya masih banyak platfom lain yang boleh digunakan oleh mahasiswa untuk menyemai dan menunjukkan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka tanpa melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

“Jika pelajar mahu berkorban, korbankan masa dan tenaga untuk membangunkan diri. Tetapi, jika diri sendiri masih mentah dan masih belum dapat dijaga, usah bela orang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: UM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

04/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd