• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Noor Radiah Sumbang Emas Pertama Malaysia

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Para Asia 2014 menerusi acara lompat jauh wanita T20 di Stadium Utama Asiad di sini, hari ini.

Siti Noor Radiah bersaing hebat dengan rakan senegara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin sebelum merangkul pingat emas dengan lompatan sejauh 5.10m.

Siti Nooriasah pula menyumbang pingat perak dengan perbezaan jarak 0.05m.

Olahraga juga turut menyumbang pingat emas kedua negara menerusi atlet lelaki Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru dengan balingan 15.31m.

Bagaimanapun, balingan itu hanya 0.01m tersasar daripada rekod peribadi yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, tahun lepas.

“Walaupun tidak melepasi rekod peribadi, namun tetap bersyukur dengan kejayaan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat.

Muhammad Ziyad berkata beliau tidak merasa tertekan apabila menjadi sandaran pingat emas negara tetapi sebaliknya menganggap ia sebagai tonik untuk menguatkan semangat.

“Jurulatih saya juga tidak langsung beri saya tekanan untuk dapatkan pingat emas. Dia hanya minta pingat, tidak kira warna apa pingat itu,” katanya.

Katanya beliau mahu melakukan persediaan secukupnya untuk bersaing di Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2015 di Doha, Qatar, dan meletakkan sasaran peribadi pingat emas bagi temasya Sukan Paralimpik Rio pada 2016.

Dalam pada itu, ketua jurulatih lompat jauh negara, R.Jeganathan melahirkan rasa gembira apabila kedua-dua anak didiknya, Siti Noor Radiah dan Siti Nooriasah, berjaya menambah pungutan pingat buat kontinjen negara.

“Memang saya sasar Siti Noor Radiah akan menang acara ini kerana semasa latihan pun dia sudah tunjukkan kelebihannya manakala Nooriasah yang baru sahaja sertai kita selepas hampir enam tahun berehat juga dapat pingat perak, ini memang satu kejutan.

“Bagi saya Radiah masih muda, kita boleh didik dia untuk jadi juara dunia suatu hari nanti. Sekarang ini saya mahu berikan persediaan rapi kepadanya supaya dia layak ke Sukan Paralimpik 2016,” katanya.

Jeganathan berharap Siti Noor Radiah akan menyumbangkan pingat emas pada Kejohanan Dunia IPC 2015 di Doha.

Selepas hari kedua temasya itu, Malaysia berjaya mengumpul dua pingat emas, tiga perak dan lima gangsa. – BERNAMA

Tags: Sukan Para Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Para Asia 2018 Berakhir, Hangzhou Tuan Rumah 2022

13/10/2018
0

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama lapan hari menampilkan aksi luar biasa atlet...

Doa Ibu Bapa Buat Dik Wan Sebak, Raih Emas Ke-3

12/10/2018
0

JAKARTA – "Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan" reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd