• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sentuh Anjing : Mufti Selangor Cakap Lain, MAIS Cakap Lain

oleh AK-47
22/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya isu penganjuran program I Want To Touch A Dog (IWTTAD) nampaknya semakin huru-hara apabila dilihat terdapat perselisihan pendapat antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Mynewshub.cc semalam mendedahkan kepala sepucuk surat yang didedahkan oleh seorang daripada penyokong program berkenaan yang menunjukkan MAIS meluluskan program itu diadakan.

SuratMAIS_1

Ekoran itu, media mencari Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa untuk mendapatkan penjelasan kemelut yang berlaku.

Menurut beliau, pihak MAIS ada memberi kebenaran berkaitan penganjuran program IWTTAD itu.

Mohamad Adzib berkata program itu adalan anjuran orang Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam serta ia tidak menyalahi peraturan.

[BACA – Ada Bukti MAIS ‘Luluskan’ Program Sentuh Anjing?]

“Sebenarnya perkara ini tak perlu kelulusan dan tiada akta yang boleh menahan penganjur daripada membincangkan isu hukum sedia ada atau masalah masyarakat yang berkait dengannya.

“Jadi ia memang tak menjadi kesalahan seperti penganjuran program agama lain,” katanya dalam teks yang dikirimkan menerusi aplikasi WhatsApp dan dipetik portal Agenda Daily.

Nada yang dituturtkan oleh Mohamad Adzib tidaklah seiring dengan Mohd Tamyes yang tegas mendakwa MAIS tidak pernah memberikan kebenaran kepada penganjur sebaliknya ia adalah inisiatif individu dan kebenaran diberi oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing.

“Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri,” katanya Mohd Tamyes semalam.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan akan mendapatkan penjelasan dari MBPJ berhubung penganjuran program itu yang dilihat tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di negeri itu.

“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” tambah Tamyes lagi.

Bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, mereka sudah memberikan komitmen untuk menyiasat perkara itu dan ia turut dialu-alukan oleh Mohd Tamyes. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: anjingKerajaan SelangorMAIS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elfira Loy Nafi Bercinta Dengan Baim Wong (Pulak!)

Next Post

Lelaki Lemas Jatuh Sungai Ketika Tarik Jaring

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

13/12/2024
0

SHAH ALAM : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa...

Next Post

Lelaki Lemas Jatuh Sungai Ketika Tarik Jaring

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd