• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Status Bayaran Bil TNB Oleh Penyewa Secara Online

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR -  Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat banyak rungutan daripada pemilik premis mengenai penyewa mereka yang telah berpindah tetapi tidak membayar bil elektrik premis mereka.

Sehubungan itu, TNB dalam satu kenyataan hari ini meminta semua pemilik premis mendaftar dengan TNB e-Services di alamat www.e-services.tnb.com.my bagi memudahkan mereka menyemak penggunaan elektrik bulanan serta status bil terkini premis mereka pada setiap masa.

“Pemilik premis boleh mengelakkan dari menanggung bil elektrik tertunggak yang ditinggalkan oleh penyewa dengan menyemak penggunaan elektrik bulanan serta status bil terkini secara dalam talian.

“Dengan mendaftar khidmat TNB e-Services di www.e-services.tnb.com.my, anda boleh menyemak rekod pembayaran penyewa dengan mudah secara online dan memilih untuk mengaktifkan bil emel premis-premis yang anda sewakan,” kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Pengguna TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, TNB turut menyediakan perkhidmatan myTNB app yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store bagi memudahkan orang ramai membuat pemantauan ke atas status bil elektrik premis mereka.

“Terdapat banyak kes yang dilapor dan tidak dilapor berkaitan tuan rumah dibebani bil tertunggak ditinggalkan oleh penyewa tidak bertanggungjawab termasuklah kes yang berulang.

“TNB e-Service dan myTNB app telah diperkenalkan sebagai langkah pencegahan. Sekiranya terdapat bil yang banyak tertunggak, tuan rumah boleh berurusan dengan TNB bagi memberi kebenaran untuk memasuki premis-premis dan memotong bekalan elektrik supaya pemegang akaun berdaftar tidak menanggung bil tertunggak yang besar,” katanya.

Jelas beliau,  pemilik premis boleh mendaftar sehingga 20 akaun melalui TNB e-Services dan myTNB app dan setakat ini sebanyak 600,000 pemegang akaun telah mendaftar untuk kedua-dua perkhidmatan itu.

Menurut beliau, jumlah seramai 600,000 pengguna yang mendaftar perkhidmatan secara dalam talian itu bagaimanapun hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan pelanggan TNB di Semenanjung Malaysia lebih 8 juta orang.

Ir. Kamaliah dalam pada itu turut menasihati pemilik premis meminta penyewa mereka mendantangani kontrak elektrik dengan TNB melalui persetujuan Change of Tenancy (COT) supaya  tanggungjawab pembayaran  bil elektrik dipindahkan kepada penyewa mengikut tempoh sewaan dapat diaplikasikan.

“Dengan COT, tanggungjawab bagi menyelesaikan bil tunggakan akan diserahkan pada penyewa. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk ke Kedai Tenaga (Pusat Khidmat Pelanggan TNB) untuk memproses COT,” tambah beliau.

Tags: TNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd