• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tak Pernah Keluar Permit ‘Octoberfest’

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memberikan permit atau kelulusan terhadap mana-mana pihak dalam penganjuran festival minuman keras ‘Octoberfest 2014’ yang dijangka berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah dalam kenyataannya hari ini berkata pengeluaran permit bagi acara sedemikian adalah bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Penganjur boleh memohon kepada PBT yang berkaitan dan kelulusannya adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan antaranya memasang papan tanda ‘Melayu/Islam dilarang masuk”, memastikan tiada pengunjung di bawah umur, mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia, dan acara hendaklah dilakukan di lokasi tertutup,” katanya.

‘Oktoberfest’ atau festival arak yang dianjurkan sebuah syarikat pengeluar minuman keras itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di sebuah hotel di Subang dan Kuala Lumpur.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada Jumaat hingga Ahad ini di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam kenyataannya hari ini berkata pemasangan papan iklan promosi ‘Octoberfest’ dilakukan tanpa kelulusan dan kebenaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bagaimanapun katanya, iklan berkenaan dipasang di papan iklan milik sebuah syarikat pengiklanan dan bukan milik MBSA.

Katanya papan iklan berkenaan telah diturunkan oleh MBSA dan syarikat pengiklanan berkenaan telah dikenakan tindakan sewajarnya. – BERNAMA

Tags: arakOctoberfest
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

SPRM Serah Notis Kepada Anak Tun M Isytihar Aset

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

18/01/2024
0

Pelabuhan Klang: Ikrar bawa masuk tanglung, baju, kotak dan perabot namun tindakan sindiket penyeludupan rokok dan arak cuba mengaburi mata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd