• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Hampir Mati Tercekik Kerana Ketumbuhan

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kinshaha – Seorang remaja yang berdepan dengan kemungkinan mati tercekik kerana ketumbuhan sebesar biji bola sepak pada rahangnya berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan.

Grace, 17, dari Republik Demokratik Congo mungkin mati jika ketumbuhan pada tulang rahangnya terus membesar.

Ketumbuhan itu membesar dari tengah tulang rahangnya, hasil pembentukan sel yang biasanya membentuk enamel gigi.

Bagaimanapun, Grace boleh bercakap dan makan tetapi tepaksa berhenti sekolah kerana malu.

Grace 2
GRACE dikelilingi pasukan perubatan yang menjalankan pembedahan ke atasnya.

Sebuah hospital kebajikan, Mercy Ships menawarkan bantuan menjalankan pembedahan selama empat jam untuk membuang ketumbuhan itu, rahang bawah dan giginya selepas hospital tempatan gagal membantu.

Grace menderita akibat ketumbuhan itu sejak 10 tahun lalu.

“Ia mula bengkak sedikit saja tetapi lama-kelamaan ia membesar.

“Kami ke hospital tetapi doktor tidak tahu apa yang hendak dilakukan,” kata Grace.

Ibunya, Christine berkata, pihak hospital tempatan hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.

Penderitaan yang dialami Grace itu disiarkan di Internet dan seorang pembaca mengesyorkan dia meminta bantuan Mercy Ships yang mengendalikan hospital kapal terbesar di dunia – Africa Mercy – yang menyediakan perkhidmatan kecemasan secara percuma kepada pesakit yang amat memerlukan.

Kehidupan Grace berubah sama sekali selepas pembedahan itu.

Dengan keyakinan baru yang diperolehnya, Grace berharap untuk mengikuti kursus perubatan dan menjadi jururawat supaya dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sepertinya pada masa depan.

“Saya ingin bekerja secara sukarela dengan Mercy Ship, untuk membantu orang ramai,” katanya.- AFP

Tags: pembedahanremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd