• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Manfaat Prospek Komuniti Asean 2015

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Rakyat Malaysia perlu memanfaatkan prospek Komuniti Asean 2015 untuk menjana hasil melalui peluasan pasaran selain mempromosi keamanan sejagat dan menstabilkan iklim politik negara serantau, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, rakyat juga perlu mengambil inisiatif dengan memanfaatkan semangat setiakawan melalui Komuniti Asean dengan meningkatkan jaringan ekonomi antarabangsa dan mengembangkan sistem kemahiran membabitkan negara anggota.

“Pasaran pendapatan tetap Asean berkembang enam kali ganda sejak tahun 2,000 dan kini bernilai US$1.1 trilion. Peluang ini perlu dimanfaatkan rakyat,” titah Syed Faizuddin.

Baginda bertitah semasa menyambut ketibaan dan menutup Program Konvoi Persahabatan dan Khidmat Masyarakat Malaysia-Thailand-Kemboja Ke-Arah Komuniti Asean 2015 di Muzium Kota Kayang di sini, hari ini.

Syed Faizuddin bertitah hubungan yang terbina memalui Komuniti Asean bakal memudahkan usaha mengembangkan sistem pendidikan serta memperkenalkan keunikan Malaysia terutamanya kepelbagaian etnik dan budayanya.

Menurut baginda golongan belia pula seharusnya memanfaatkan sebaiknya prospek komuniti Asean dengan menjadikannya sebagai landasan Persatuan Belia dalam membentuk hubungan dua hala antara negara anggota.

“Generasi Y perlu bijak menggunakan teknologi ke arah yang membina kebaikan dalam pembangunan belia, mengkaji dan memahami politik, budaya, agama dan bahasa sebagai persiapan pimpinan pelapis.

“Mereka juga hendaklah menjadi ejen mempromosi keamanan dengan mengambil Malaysia sebagai model negara yang mengamalkan wasatiyyah atau kesederhanaan dalam kehidupan seharian,” titah baginda.

Program itu anjuran bersama Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia disertai 80 peserta menaiki 23 kenderaan pacuan empat roda yang memulakan perjalanan sejauh 3,500 kilometer pergi-balik ke Kampung Spue dalam Wilayah Cham, Kemboja pada 1 Oktober lepas.

Sepanjang perjalanan ke kampung itu untuk melaksana ibadah korban dan aktiviti sukarela dengan penduduk tempatan, program tersebut bertujuan membina semangat kerjasama selain menimba pengalaman untuk memantapkan diri. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlisrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd