Perkongsian gambar dan video di laman sosial menjadi hangat petang ini dengan berita tentang satu fenomena puting beliung yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Alor Setar menuju Pendang.
Selepas tiupan angin puting beliung itu, terdapat laporan kawasan sekitar laluan pusaran angin itu turut berlaku kerosakan melibatkan rumah-rumah penduduk sekitar.
Daripada gambar yang dikongsikan di twitter dua buah rumah rosak dengan keadaan yang agak teruk sekali apabila bumbung rumah tercabut kerana puting beliung itu.
Tidak diketahui pernahkah negara Malaysia dilanda fenomena puting beliung sebelum ini tetapi yang pasti ia sesuatu yang jarang berlaku.
Memetik sumber dari laman Melvister.com, kejadian tersebut disaksikan pengguna lebuhraya kira-kira jam 4.30 petang berikutan keadaan hujan lebat dan angin kencang.
Ada pengguna lebuhraya sempat merakamkan kejadian yang jarang sekali berlaku di Malaysia ini dan memuatnaik video tersebut ke laman Youtube. – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR




