• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri UMNO Mahu UM Bertindak Tegas

oleh Ahmad Albab
29/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO mahu pengurusan Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tegas dan adil ke atas pelajar yang terlibat dalam program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan perlu diambil supaya universiti itu dilihat atau dianggap lemah oleh masyarakat dan pelajar universiti berkenaan.

“Perkara yang menyalahi undang-undang dalam kalangan pelajar tidak seharusnya berlaku kerana mereka hanya pelajar yang pastinya menjunjung peraturan demi masa depan mereka sebagai pelajar.

“Kerana itu, kejadian yang berlaku di UM malam Isnin lalu perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya tertumpu pada isu disiplin pelajar supaya keputusan yang bakal dibuat telus dan adil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati berkata, tindakan pelajar terbabit melanggar peraturan tidak wajar berlaku dan  beliau percaya jika isu itu ditangani lebih awal imej universiti berkenaan tidak mungkin tercalar seperti hari ini.

Kata beliau, lebih memburukkan keadaan apabila penganjur program membawa masuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam universiti itu yang jelas bertujuan membantu mencapai matlamat agenda peribadinya.

“Program malam itu telah disalah guna apabila lebih dilihat sebagai platform menghasut dan cuba mengeksploitasi pelajar ke jalanan untuk menyokong politik peribadi ketua pembangkang itu.

“Ia juga membuktikan Anwar tidak peduli kesusahan orang awam lain yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan itu,” katanya.

Tambahnya, insiden yang berlaku melibatkan segelintir pelajar UM itu memalukan seluruh warga universiti termasuk alumni yang pernah menimba ilmu di institusi berkenaan.

Katanya, Puteri UMNO kesal kebebasan berpolitik dalam kalangan pelajar telah disalah guna yang merupakan generasi masa depan negara yang bertanggungjawab membawa negara ke arah perpaduan.

Tags: Puteri UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd