• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program “I Want To Touch A Dog” Menghina Islam – Tuan Asmawi

oleh AK-47
21/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perbuatan segelintir pihak menganjurkan program “I want to touch a dog” di Selangor semalam sebenarnya boleh diambil tindakan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas kesalahan menghina agama.

Pendakwah, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata pihak berkuasa agama mesti bertindak tegas untuk menghalang program sedemikian demi menjaga kesucian umat Islam.

“Selain melanggar tata susila masyarakat Melayu, ia memberi gambaran bahawa pihak berkuasa khususnya yang memegang amanah agama begitu longgar dalam menjulang kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi oleh Mynewshub hari ini.

[BACA – ‘I Want To Touch A Dog’ Raih Sambutan Masyarakat Islam]

Tambah Ustaz Tuan Asmawi, tindakan penganjur menggunakan pendekatan tidak berdosa untuk seseorang Muslim menyentuh anjing adalah salah kerana bukan peranan mereka menentukan dosa atau pahala.

“Kita kena ingat bahawa yang meletakkan dosa dan pahala, haram atau halal itu bukannya manusia, tetapi ia adalah tetapan hukum Feqah,” kata beliau.

Sementara itu, Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut menyifatkan program “I want to touch a dog” yang diadakan di Selangor dan dianjurkan oleh umat Islam semalam adalah percubaan untuk menghina para ulama dan pihak berkuasa agama di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor itu berkata, adalah haram untuk seorang Muslim sengaja menyentuh anjing tanpa sebab kerana haiwan itu dikategorikan dalam najis berat menurut ajaran mazhab Imam Shafie dan Hanbali.

“Jangan cuba memulakan budaya yang bertentangan dengan Islam dan mazhab Imam Shafie, khususnya apabila ia mempunyai elemen menghina ulama di negara ini,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Menurut Nooh, perbuatan itu diharamkan kerana tiga sebab iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bertentangan dengan Islam.

“Perlu diingat, rakyat Malaysia merupakan umat Muslim yang mengikut mazhab Imam Shafie,” katanya.

Menurut laporan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mewartakan pada Oktober tahun lepas bahawa haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat.

Anjing_1

Program ‘I Want To Touch A Dog’ yang dianjurkan semalam dikatakan mendapat sambutan hangat dalam kalangan umat Islam yang hadir kerana ingin menyentuh anjing.

Pelbagai jenis anjing disediakan untuk disentuh antaranya husky, German Sheperd, Doberman, Golden Retriever dan Poodle.

Dikatakan dalam program berkenaan, seorang ustaz iaitu Ustaz Mohd Iqbal Parjin turut memberikan ceramah mengenai soal menyentuh anjing dalam Islam.

“Anjing juga makhluk tuhan, kita perlu mengatasi mentaliti melihat haiwan itu sebagai makhluk yang menyakitkan hati tapi pada masa sama tahu batasan untuk menyentuhnya,” demikian antara inti pati ucapan ustaz itu yang dilaporkan. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K 

Tags: anjinghina islamMelayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Kakitangan Awam, Pesara Dituduh Rasuah

Next Post

Jakim Siasat Program ‘I Want To Touch A Dog’

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

Next Post

Jakim Siasat Program 'I Want To Touch A Dog'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd