• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERODUA Sambut Baik Pengecualian Cukai

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyambut baik inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama lima tahun bagi menggalakkan sektor swasta mengurus, menyelenggara dan menaik taraf kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun.

Dalam Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, pengecualian cukai 70 peratus pula untuk tempoh lima tahun akan diberikan kepada sektor swasta yang menyelenggara kawasan perindustrian di kawasan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata langkah itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam menggalakkan pembangunan kawasan kurang membangun serta menarik lebih banyak kilang dibangunkan di kawasan terbabit.

“Kami menyambut baik pengumuman kerajaan itu dan berharap kilang kami di Sendayan, Negeri Sembilan termasuk dalam kategori berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat ‘Deepavali Joy with Perodua’ syarikat pembuat kereta itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, peruntukan modal untuk automasi sebanyak 200 peratus ke atas perbelanjaan RM2 juta pertama yang dibuat dari 2015 hingga 2020, akan mengurangkan pergantungan kepada pekerja kurang mahir.

“Ini selari dengan pelan Institut Automotif Malaysia bagi mengurangkan kira-kira 20 peratus jumlah pekerja asing menjelang 2020,” katanya.

Beliau juga menggesa vendor PERODUA menggunakan sistem automasi bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.

“Kilang pengeluaran PERODUA Global baharu kami mempunyai kadar automasi 75 peratus dengan tenaga kerja kira-kira 1,200 orang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Badlisham Ghazali dalam satu kenyataan berkata penubuhan hab utama akan menarik syarikat multinasional membuka pusat operasi di Malaysia dan meningkatkan perjalanan perniagaan.

“Saya gembira kerana kerajaan terus berusaha merangsang pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, usaha berterusan kerajaan dalam menyokong pertumbuhan sektor pelancongan sangat menggalakkan dan Malaysia Airports akan menyokong pertumbuhan ini memandangkan lapangan terbang adalah pemacu utama ekonomi. – BERNAMA

Tags: Perodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd