• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Nafi Gambar Viral Tayar Tercabut Sebab Kualiti Kereta

oleh AK-47
16/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kami pasti kebanyakan anda ada menerima kiriman gambar di bawah menerusi laman sosial atau aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Bersama gambar, disertakan peringatan supaya pemilik kereta Perodua MyVi dan Alza beringat untuk memeriksa gandar kereta perodua mereka kerana dikatakan, terdapat beberapa kes gandar belakang kereta tercabut terus kerana nat tidak dipasang dengan ketat.

“Kepada yang ada guna kereta Myvi or Alza ni kena beringat selalu minta service advisor check rear excel nuts full tighten ke tak ni.. da terjadi beberapa kes kereta perodua ni gandar blkg tercabut terus (walau kereta baru)… sayangi nyawa anda. Jgn terus percaya pd kualiti kereta anda. Staf QC buat kerja tak betul,” demikian amaran tersebut.

Perodua Nafi Gambar Viral Alza Berpunca Dari Kualiti Kereta

alza2

alza3

Bagaimana pun semalam, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan bahawa gambar kerosakan Perodua Alza dalam gambar viral tersebut bukan disebabkan nat tidak dipasang sempurna oleh pekerja bahagian kualiti Perodua sebalik berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan lain.

“Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah.

“Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami,” ujar Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh.

Amnar Rashid berkata, Perodua akan mengambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej kereta mereka daripada sebarang bentuk fitnah. – mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB
Sumber

 

 

Tags: gambar viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Tular Tasik Chini 2 Tahun Lalu – Najib

09/06/2021
0

KUANTAN - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa gambar yang tular dan didakwa keadaan terkini Tasik Chini...

“Jangan Terkejut Suami Saya Berbaju Kurung”

04/07/2017
0

GAMBAR pelakon Zila Bakarin menjadi tular di media sosial pada sambutan Aidilfitri Ahad lalu gara-gara memakai baju Melayu bersama keluarganya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd