• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguat Kuasa Pantau Acara Oktoberfest Di Jonker Walk

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini pada 18 Oktober ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

“Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian,” katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara berkenaan kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata “saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak”.

Beliau berkata, pengisian program itu dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata, pemimpin dan penyokong PAS perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat ‘untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita’.

Terdahulu, pada istiadat itu seramai 353 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Seramai tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Seramai 21 penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said; Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Seramai 16 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama (14). – BERNAMA

Tags: Idris HaronOctoberfest
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd