• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penambahan Anggota Polis Langkah Tepat – Adenan

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata langkah kerajaan untuk menambah sebanyak 11,757 anggota polis seperti diumumkan dalam Bajet 2015 akan membantu mengurangkan kadar jenayah serta menjaga keselamatan rakyat.

Beliau berkata biarpun kadar jenayah di Sarawak terkawal, namun masih ada kes jenayah melibatkan harta benda yang merisaukan rakyat.

“Saya gembira Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) beri peruntukan yang banyak kepada polis dan bilangan anggota akan ditambah.

“Bagus … makin banyak (anggota dan pegawai) polis semakin kita rasa selamat. Apabila bilangan anggota ditambah ini bererti langkah kawalan jenayah menerusi rondaan dan langkah-langkah pencegahan jenayah lain akan menjadi lebih intensif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival 1KDN di Perkarangan Tempat Letak Kereta Stadium Negeri Sarawak, di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Karnival 1KDN selama tiga hari mulai semalam merupakan jalinan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerajaan negeri Sarawak, badan korporat, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara program dan aktiviti dijalankan ialah pameran dan kaunter perkhidmatan jabatan dan agensi KDN seperti polis, Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu, Adenan berharap salah tanggap masyarakat mengenai tugas polis yang hanya berperanan menangkap orang yang melakukan kesalahan harus diperbetulkan kerana skop kerja mereka lebih luas.

“Ada salah tanggap mengenai kerja polis. Masyarakat fikir kerja polis tangkap orang sahaja, ini hanya salah satu kerjanya tetapi mereka (polis) menjaga keselamatan kita.

“Saya sendiri kalau berjalan seorang diri tidak nampak polis takut rasa hati, tetapi bila nampak polis baru rasa selamat,” katanya.

Wan Junaidi dalam ucapannya berkata indeks jenayah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini mencatatkan sejumlah 111,678 kes, iaitu menurun sebanyak 19 peratus berbanding 130,608 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Bagi Negeri Sarawak pula, statistik memperlihatkan bagi tempoh Januari-Ogos, sejumlah 6,198 kes direkodkan di mana berlaku penurunan kes jenayah sebanyak 1,508 kes (19.6 peratus) berbanding sebanyak 7,706 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Pilu Terima Ijazah Penuntut Maut Kemalangan

Next Post

Lukisan Hyper-Realistik Ini Pasti Membuatkan Anda ‘Ternganga’

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Lukisan Hyper-Realistik Ini Pasti Membuatkan Anda 'Ternganga'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd