• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Kelantan Salahkan BR1M

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) punca subsidi untuk petrol RON95 dan diesel terpaksa dikurangkan sebanyak 20 sen seliter.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Pusat mengkaji semula pemberian BR1M kepada orang ramai supaya subsidi bahan mentah itu dapat dipertingkatkan.

“Hakikatnya BR1M yang mengakibatkan kenaikan harga petrol wajib dipertimbangkan semula.

“BR1M bagi tahun 2014, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion. Bayangkan jika BR1M ini tidak dilaksanakan, di atas kertas kerajaan boleh meningkatkan subsidi minyak sebanyak 80 sen (20 sen = RM1.1 billion),” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhli mendakwa, BR1M yang berbentuk bantuan `one-off’ wajar dikaji semula jika ia menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga petrol dan diesel.

Beliau turut mendakwa kenaikan harga petrol dan diesel kali ini tidak ada kena mengena dengan kenaikan harga minyak dunia kerana harga minyak didakwa tidak mengalami kenaikan bahkan sejak kebelakangan ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam memaklumkan pPengurangan subsidi menjadikan harga baharu RON95 meningkat kepada RM2.30 seliter manakala diesel RM2.20 seliter.

KPDNKK bagaimanapun menegaskan kerajaan akan memastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan dengan berhati-hati dan secara berperingkat bagi memastikan kesan minimum terhadap ekonomi selain tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurut kementerian tersebut, kerajaan sedar rasionalisasi subsidi memberi kesan kepada masyarakat dan akan terus menyediakan bantuan dan insentif untuk meringankan beban terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kata KPDNKK, salah satu langkah yang akan diambil kerajaan adalah menaikkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015. – mynewshub.cc

 

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd