Melihat wajah ngeri wanita ini, pasti ramai yang terkejut melihat penampilannya yang seakan-akan “setan”
Sehinggakan tiada siapa yang menduga wanita bernama Maria Jose Cristerna ini merupakan seorang bekas peguam.
Wanita tersebut bertindak drastik melakukan perubahan pada penampilannya apabila mengalami tekanan jiwa akibat masalah rumah tangga.
Kini,rata-rata masyarakat mengelarkan beliau sebagai “Vampire Woman” kerana penampilannya yang pelik dan ngeri itu.
“Vampire Women” ini juga mengambil keputusan beralih kerjaya menjadi seniman tato di Guadalajara,Mexico.
Hampir 90% wajah dan badannya dipenuhi dengan tato dan plat titanium yang ditanam di tangan dan kepalanya dan memasang sejumlah tindik, memasang gigi taring palsu serta memasang logam titanium di dalam kulitnya.
Ibu empat anak ini mengakui tidak mengalami kesukaran bergaul bersama masyarakat.-mynewshub.cc
Oleh: Farah




