• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur PKS Kurang Berdepan Risiko Dengan IAP

oleh Ahmad Albab
27/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para pelabur kurang berdepan risiko sekiranya mereka melabur menerusi Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang diperkenalkan kerajaan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata IAP, seperti yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini, merupakan platform baik bagi pelabur untuk menyertai dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ia kurang berisiko, dan pada masa yang sama, membolehkan kerajaan menyediakan sokongan pembiayaan bagi PKS.

“IAP juga akan mewujudkan tabung pembiayaan bagi pelaburan, jadi risiko akan lebih rendah.

“Sebagai contoh, sekiranya pelaburan dibuat dalam 100 syarikat, dan kira-kira 5-10 tidak berjaya, kesannya akan diimbangi oleh PKS yang lain yang berjaya,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Perbankan Islam Antarabangsa Bank Rakyat (IIBC) 2014, di sini, Isnin.

Husni berkata IAP akan beroperasi di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia.

Bagi mengukuhkan pasaran kewangan Islam, Bajet 2015, memperkenalkan IAP berjumlah RM150 juta, sebagai produk pelaburan patuh Syariah baharu bagi membiayai aktiviti keusahawanan dan membangunkan PKS.

Pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan daripada pelaburan kelayakan bagi tiga tahun berturut-turut ditawarkan kepada individu kaya.

Sementara itu, persidangan IIBC selama dua hari itu yang julung kali diadakan dianjurkan oleh Bank Rakyat sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 bank tersebut.

Ia bertujuan untuk menyediakan medan bagi penggiat industri untuk berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman dan buah fikiran berkaitan perbankan dan kewangan Islam di samping membina rangkaian. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad Husni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Husni Ubah Landskap, Bangunkan Tambun

04/05/2018
0

IPOH - Berkemeja putih dan seluar hitam, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah melempar...

Ahmad Husni Pernah Jawab Soalan Sendiri Mengenai 1MDB

26/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengemukakan soalan di Dewan Rakyat mengapa 1Malaysia Development Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd