• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Dipenjara 4 Bulan Ugut Bunuh Adik Perempuan

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengugut untuk membunuh adik perempuan sendiri, seorang pekerja kilang surat khabar hari ini dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Nurul ‘Ain Abdul Rahim memerintahkan R.Krishnakumar, 35, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 6 Okt lepas setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut untuk membunuh.

Krishnakumar didakwa mengugut R.Nithya, 32, dengan menggunakan perkataan berbunyi “Saya akan bunuh kamu semua dan saya boleh set kawan saya bunuh,” dalam bahasa Tamil di Apartment Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Brickfields di sini pada 12.10 tengah malam, Isnin lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada masa kejadian, Krishnakumar pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan membuat kecoh sebelum bertindak mahu memukul kepala ibunya, tetapi dihalang Nithya.

Krishnakumar yang tidak berpuas hati dengan Nithya kemudian mengeluarkan kata-kata ugutan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Kes UgutPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd