• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBNJ Peruntuk 100 Tiket Untuk Penyokong Terengganu

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memperuntukkan sebanyak 100 keping tiket untuk penyokong pasukan Terengganu yang mahu menyaksikan perlawanan suku akhir antara pasukan negeri itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) pada 16 Oktober ini.

PBNJ dalam satu kenyataan media memberitahu, surat rasmi daripada PBNJ kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai peruntukan tiket tersebut akan dihantar dalam tempoh terdekat.

“Merujuk kepada isu tiket yang diwar-warkan dan menjadi pertikaian banyak pihak, PBNJ telah mengumumkan bahawa tiket penjualan kepada penyokong pelawat adalah seperti biasa (100 keping) untuk perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia yang akan berlangsung 16 Oktober 2014.

“Tiket perlawanan juga adalah kekal dengan harga RM30 untuk tempat berbumbung dan RM10 untuk tempat terbuka,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, PBNJ berharap tiada isu berbangkit berhubung pemberian tiket itu dan semua penyokong tanpa mengira mana-mana pasukan supaya bersatu demi sukan bola sepak negara bagi mengelak insiden tidak dingini.

“Penyokong pasukan pelawat dan tuan rumah dinasihatkan memberi kerjasama dalam memastikan segala peraturan dan undang-undang dipatuhi sepanjang perlawanan berlangsung.

“Ingatlah budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati tuan rumah dan juga kesediaan tuan rumah melayan tetamunya,” kata kenyataan itu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri akan menyediakan 2,000 tiket percuma dan 50 buah bas kepada penyokong pasukan Terengganu ke Stadium Larkin. – mynewshub.cc

 

Tags: PBNJTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd