• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Perak Tidak Setuju Pandangan Nik Mohamad Abduh

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Perak menyindir Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan menyatakan PAS negeri itu tidak pernah berasa dibuli oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang didakwa Nik Mohamad Abduh.

Ketua Penerangan PAS Perak, Mohd. Mishabul Munir Masduki sebaliknya berkata, ketiga-tiga parti itu di Perak menjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi walaupun diasak dengan dakwaan PAS menjadi boneka DAP dan PKR.

Menurut beliau, walaupun Exco kerajaan negeri daripada PAS pada era pemerintahan pakatan pembangkang cuma dua orang, namun semua keputusan yang dicapai hasil permufakatan dan permesyuaratan dalam majlis pimpinan pakatan pembangkang yang dianggotai wakil setiap parti.

Malah, dakwa Mohd. Mishabul berkata, PAS diberi keistimewaan apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dipilih sebagai Pengerusi dan beliau sebagai setiausaha majlis pimpinan pakatan pembangkang sewaktu pemerintahan PAS, DAP dan PKR di Perak.

“Program-program Islam yang dianjurkan oleh Exco agama kerajaan negari daripada PAS juga tidak pernah dicurigai oleh DAP malah Exco daripada DAP turut menyokong serta mencadangkan supaya institusi pendidikan Islam dimartabat dan diberi bantuan sewajarnya.

“Sekalipun suara PAS lebih, tetapi tidak pula diambil kesempatan untuk membuli rakan-rakan yang lain. Begitu jugalah kedudukan dalam Exco, walaupun suara DAP kelihatan lebih, tetapi PAS tidak pernah rasa dibuli. Semua polisi dan agenda kerajaan negeri adalah berasaskan permuafakatan dalam majlis pimpinan pakatan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Mishabul berkata, sebahagian manifesto PAS di Perak sempat dilaksanakan tanpa bantahan daripada PKR dan DAP malah pimpinan DAP di negeri itu cukup menghormati ulama-ulama dalam PAS dan program keagamaan anjuran PAS dihadiri wakil rakyat bukan Islam daripada DAP mahupun PKR.

Justeru, katanya, tidak ada sebab untuk PAS rasa terasing dan dibuli seprrti dakwaan Nik Mohamad Abduh kerana perasaan itu didakwa hanya timbul apabila pimpinan PAS berasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat jika berlaku perbezaan pendapat.

“Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka. Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah,” katanya dalam nada menyindir.

Nik Mohamad Abduh pada 28 September lalu secara terbuka mengakui PAS kini menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka supaya membenci pimpinan PAS.

Dakwa beliau, keadaan itu menyebabkan PAS seolah-olah berada dalam keadaan serba tidak kena dan kelihatan seperti sukar untuk menentukan pegangannya.

“PKR dan DAP mula nak buli Pas. Sehinggakan Pas kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Nik AbduhPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja MAS Perlu Berubah Untuk Untung 2017

Next Post

JPM Tekad Bantu Realisasi Misi, Visi Esscom

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

JPM Tekad Bantu Realisasi Misi, Visi Esscom

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd