KUALA LUMPUR – Jambori Amal Peringkat Kebangsaan kali ke-21 di Padang Terap, Kedah anjuran Jabatan Amal Malaysia (JAM) PAS pada 30 Oktober hingga 2 November ini bertemakan Luaskan Amalmu.
Ketua Pengarah JAM, Johari Osman berkata, program yang akan diadakan di Brilliant Camp Site, Kampung Kuala Pai itu turut melibatkan pelbagai acara melibatkan masyarakat luar dan setempat daripada pelbagai kaum.
“Program ini akan mengumpulkan ke semua ahli amal di seluruh Malaysia untuk merealisasikan objektif amal kami,” katanya kepada sebuah portal pembangkang.
Johari berkata, program itu juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara ahli amal seluruh negara serta memasyarakatkan amal kepada rakyat dan komponen pakatan pembangkang.
Program itu akan disertai ahli Jabatan Amal Malaysia, Briged Amal malaysia dan Briged Muslimat Malaysia.
Tema program Luaskan Amalmu itu bagaimanapun dilihat mirip slogan pasukan bola sepak Johor Harimau Selatan iaitu Luaskan Kuasamu.
Tida diketahui sama ada PAS meniru slogan Johor Darul Takzim (JDT) itu atas populariti pasukan berkenaan atau ia satu bentuk sindiran ke atas penyokong-penyokong bola sepak Johor. – mynewshub.cc

