• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Bas Hentian Putra Tamat Januari 2015

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi bas di terminal Hentian Putra akan ditamatkan dan dipindahkan ke lokasi baharu selewat-lewatnya Januari 2015.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk J. Loga Balan Mohan bagaimanapun berkata lokasi baharu hentian bas bagi laluan pantai timur itu masih belum ditentukan.

Menurut beliau, pada masa ini perkhidmatan bas di Hentian Putra hanya beroperasi di luar terminal kecuali kaunter tiket.

“Hentian Putra yang digunakan sebagai hentian bas ekspres pantai timur mengalami kerosakan struktur paip air buat kali kedua. Oleh itu operasi bas dari terminal itu dihentikan mulai 8 Ogos lalu.

“Pada masa ini operasi bas adalah di luar terminal kecuali kaunter tiket dan ruang menunggu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat untuk menaik taraf kemudahan Hentian Putra yang sudah lama dan uzur.

“Memandangkan terminal akan dipindahkan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf kemudahan di terminal ini.

“Bagaimanapun penyelenggaraan biasa seperti tandas, pendingin hawa, lampu, surau dan kebersihan kawasan akan dilakukan seperti biasa sehingga tarikh pemindahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bas ekspresParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd