KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) yang dipengerusikan pimpinan PAS, Asmuni Awi meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Perak menangani lambakan haiwan liar termasuk anjing dan monyet di kawasan perumahan awam.
Asmuni mendakwa, situasi itu mendatangkan keresahan dalam kalangan orang ramai kerana bimbang keselamatan mereka diancam oleh haiwan liar terbabit yang boleh bertindak diluar dugaan pada bila-bila masa.
“Purata lima hingga 10 ekor binatang liar akan terdapat di kawasan perumahan taman atau pinggiran kawasan kampung. Antara binatang liar yang kebiasaan terdapat adalah seperti anjing, kucing, kerbau, monyet dan sebagainya.
“Anjing paling banyak berada di semua kawasan dan ia amat membimbangkan penduduk setempat. Kejadian seperti menyerang penduduk dan mengganggu ketenteraman persekitaran penduduk seperti membongkar sampah sarap menyusahkan orang ramai,†dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Asmuni meminta PBT mewujudkan satu mekanisma baharu bagi mengatasi masalah lambakan haiwan liar terbabit sebaik mungkin tanpa perlu membunuh haiwan berkenaan.
Katanya, haiwan itu Ianya perlu diuruskan dengan baik seperti mewujudkan pusat perlindungan haiwan atau Pusat Rehat dan Rawat (R&R) untuk haiwan liar berkenaan.
“Langkah perlu diambil dengan segera bagi mengelakan kejadian buruk berlaku,†katanya. – mynewshub.cc

