• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lancar Tiga Buku Terbitan Inmind

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tiga buku terbitan Institut Perkembangan Minda (Inmind) di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Buku berkenaan ialah Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi, Kaedah-Kaedah Membuat Keputusan Secara Islam dan Manual Penyelidikan Secara Islam.

Ketiga-tiga buku berkenaan amat tepat, wajar dihayati dan diamalkan oleh anggota Umno dan umat Islam, kata Najib yang juga Presiden Umno dalam ucapannya pada majlis itu.

Beliau berkata apa yang penting ialah kesiapsiagaan anggota Umno dan umat Islam secara keseluruhannya, dan satu daripada dimensi itu ialah penambahan ilmu dan pengukuhan ilmu selain daripada tumpuan akidah dan mengamalkan syariat Islam.

“Tanpa ilmu, tidak mungkin kita akan jadi umat yang berjaya lagi cemerlang,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata agama tidak melarang menimba ilmu daripada mana-mana sudut.

“Ilmu peperangan Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran, jika dihayati, boleh menjadikan anggota Umno berjaya dalam peperangan dari aspek politik terutamanya kesiapsiagaan parti untuk menghadapi pelbagai cabaran,” kata Najib.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Biro Latihan Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata buku-buku berkenaan akan digunakan sepenuhnya oleh biro itu.

Buku Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi tulisan Aidit Ghazali, Ahmad Syahir Sarani dan Izhan Hamidi Ibrahim mengutarakan penelitian seni pemikiran dan strategi 28 peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.

Buku Kaedah-Kaedah Membuat Keputusan Secara Islam tulisan Aidit Ghazali, Ahmad Syahir Sarani dan Mohd Affendi Othman pula menampilkan 250 kaedah yang berorientasikan prinsip dan pertimbangan Islam dalam membuat keputusan.

Buku Manual Penyelidikan Islam yang ditulis oleh Aidit Ghazali dan Ahmad Syahir Sarani mengandungi langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan yang berkesan menurut perspektif Islam. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd