• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramdan Rosli : Saya Berusaha Gigih Sejak 8 Tahun!

oleh AK-47
16/10/2014
dalam Gaya Hidup, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Anak muda kelahiran Klang ini sememangnya boleh dibanggakan atas pencapaiannya dalam meraih pelbagai kejayaan dalam arena sukan lumba motosikal.

Baru berusia 18 tahun , Ramdan Rosli pantasnya layak untuk dijadikan ikon anak-anak remaja atas sumbangannya dalam menaikkan nama negara.

Kelebihan dalam dirinya dalam arena sukan ini dilihat sejak awal ketika dia baru berusia 14 tahun dan bakatnya itu segera diasah di bawah Program Pembangunan Bakat PETRONAS.

Bukan calang-calang orang ye yang dipilih PETRONAS, pastinya  Ramdan harus membuktikan beliau layak berada di tempatnya sekarang dengan lebih usaha bagi terus menempa nama di persada dunia.

Kini, pastinya PETRONAS tersenyum lebar melihat aksi Ramdan Rosli beraksi hingga telah banyak memenangi kejuaraan-kejuaraan dalam dan luar negara antaranya ialah Kejuaraan Clun Prix AAM Malaysia PETRONAS , Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS, dan terbaru ialah Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV.

Namun untuk menjadi seperti dia kini bukan lah mudah seperti disangka-sangka.

Keperitan , pengorbanan dan usaha yang tidak pernah lelah menjadi kunci untuk beliau terus melangkah maju.

“Orang tengok macam senang jadi saya, tapi sebenarnya saya usaha daripada bawah lagi sejak saya berusia 8 tahun” kata Ramdan Rosli.

DSC_8935

Malah menurut beliau, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga buat satu tempoh masa yang lama ketika berlatih di Barcelona .

Pastinya menjadi seorang pelumba motosikal memerlukan risiko yang tinggi dan  Ramdan tidak pernah menyesal walau acap kali jatuh dan luka berkali-kali gara-gara minatnya yang tinggi terhadap sukan itu.

ramdanPENANG

Lagi-lagi ayahnya, Rosli Mat Sudin yang dahulu merupakan seorang pelumba motosikal menjadi sumber kekuatan beliau untuk membanggakan keluarga.

Ramdan yang turut ditanya tentang impiannya pada masa hadapan menjawab ” saya harap suatu hari nanti saya akan berjaya membuka sebuah sekolah lumba motosikal.”

Beliau turut berpesan kepada remaja-remaja yang lain supaya mengenali minat mereka sendiri dan berusaha untuk mengembangkan apa yang diminati agar ianya boleh membuahkan hasil masa hadapan.

DSC_8954

 

Ramdan  Rosli yang ditemui di pelancaran program “Sentuhan Kasih” PETRONAS  di Monfort Boy Town turut berkongsi pengalaman bersama pelajar di sana.

Beliau yang pernah memenangi Juara Termuda di Kejuaraan CP 115 pada usia 15 tahun memang layak dipuji.-MYNEWSHUB.CC

Oleh : Farah

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd