• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mendapan Tak Jejas Keselamatan KLIA2 – Liow Tiong Lai

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kejadian mendapan yang berlaku di KLIA2 tidak merisikokan keselamatan penumpang pesawat yang menggunakan lapangan tersebut.

Memetik sumber berita dari The Rakyat Post, ujarnya, sejak dari permulaan pembinaan KLIA2, mendapan dan takungan air sudah dijangkakan akan terjadi.

“Tanah tenggelam ataupun mendapan (yang menyebabkan takungan air) di apron KLIA2 yang disebabkan ‘differential settlement’ adalah dijangkakan dan telah diambil kira semasa pembinaan KLIA2.”

“Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee dalam sidang dewan rakyat di Parlimen.

Pua sebelum itu mengajukan soalan tentang kos pembinaan KLIA2 dan langkah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk mengatasi kejadian mendapan dan takungan air yang sering berlaku di apron dan landasannya.

Menjawab soalan pertama, menurut Liow, kos total pembinaan KLIA2 berjumlah RM 4 billion.

Bagi soalan kedua pula, jawab beliau, kementeriannya sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

“Tidak pernah sesekali berlaku tanah tenggelam ataupun mendapan di ‘runway 3’ di KLIA2. MAHB sentiasa memantau keadaan di semua ‘runway’ untuk memastikan keselamatan penerbangan.”

Semalam, Pua membuat kemas kini di akaun Facebooknya dengan memuat naik rakaman dari Youtube menunjukkan beberapa pekerja sedang membuang air yang sedang bertakung di permukaan landasan KLIA2.

http://www.youtube.com/watch?v=JpIyHF_V-cE

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: airBanjirKLIA2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd