• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Bakal Terima 40 Bas Elektrik Baharu

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri bakal menerima 40 buah bas elektrik baharu secara berperingkat dengan lima buah dijadual diterima menjelang akhir tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata bas itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Bajet 2015.

“Bas elektrik ini sudah diuji dan kita berpuas hati dengan prestasinya. Bas elektrik ini akan menggantikan bas sedia ada secara berperingkat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis penyampaian sumbangan sempena  perayaan Deepavali kepada 150 orang warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) anjuran Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Melaka.

Setiap penerima menerima RM100 dan hamper makanan tajaan syarikat Mamee Double Decker (M) Bhd serta Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Beliau berkata bas tersebut mampu bergerak sejauh 300 kilometer selepas  setiap kali dicas di pusat pengecasan di stesen bas di seluruh negeri.

Sementara itu Idris yang juga Presiden World Assembly of Youth turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Malaysia dipilih sebagai antara lima Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

“Saya percaya kejayaan ini adalah antaranya disumbangkan daripada ucapan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di PBB tiga minggu lepas yang memberitahu dunia mengenai konsep kesederhanaan Islam,” katanya.

Beliau berkata pemilihan tersebut juga sebagai tanda pengiktirafan daripada anggota PBB terhadap keupayaan dan rekod Malaysia sebagai antara negara paling stabil dan aman di dunia.

Malaysia bakal menduduki kerusi tersebut bermula 1 Jan 2015 hingga 31 Disember 2016 setelah memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota PBB di New York semalam. – BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd