• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanisme Rasionalisasi Subsidi Masih Dikaji

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Mekanisme pelaksanaan rasionalisasi subsidi masih dalam peringkat kajian dan dijangka diumum tahun depan selepas mendapat kelulusan kabinet.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, kerajaan pada masa ini sedang meneliti beberapa perkara termasuk sistem yang akan diguna pakai.

“Selain itu, kumpulan yang layak menerima subsidi serta agensi atau syarikat yang akan membantu dalam pelaksanaan mekanisme itu.

“Maka dari segi pelaksanaan (rasionalisasi subsidi) mengikut pendapatan, ia masih di peringkat kajian dan kita juga akan berkomunikasi rapat dengan badan-badan bukan kerajaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Keluarga Perbendaharaan di Paya Indah Wetlands, di sini hari ini.

Menurutnya, usaha itu memerlukan kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang meminta kerajaan memberi satu definisi jelas berkaitan ‘golongan berpendapatan tinggi’ sebelum melaksanakan peraturan baharu subsidi petrol RON95.

Mengulas lanjut, Chua meminta orang ramai tidak terkeliru dan menunggu pengumuman kerajaan mengenai perkara itu yang sudah pasti akan mengambil kira kepentingan rakyat untuk jangka masa panjang.

Beliau juga menegaskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu penting kerana pada awal pelaksanaannya jumlah subsidi tidak banyak iaitu sekitar RM2 bilion setahun namun kini mencecah puluhan bilion dengan angka tahun lepas pada RM43 bilion. – BERNAMA

Tags: petrol naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Petrol RON97 Naik 19 Sen, RON95 Gagal Turun!

07/06/2018
0

KEJUTAN... Harga runcit petrol jenis RON97 dilihat naik mendadak sebanyak 19 sen bermula pukul 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh...

Harga Runcit Petrol, Diesel Naik 10 Sen Seliter

02/06/2015
0

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol dan diesel bagi Jun naik 10 sen seliter, berkuatkuasa mulai 12.01 minit tengah malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd