• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Pertimbang Lantik Ketua Saintis Data

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melantik seorang ketua saintis data berikutan perkembangan pesat MSC Malaysia dan sektor digital di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada kabinet untuk tujuan pelantikan tidak lama lagi, katanya.

“Memajukan ekonomi digital Malaysia adalah satu jalan yang perlu kita ambil dan cabaran itu perlu dihadapi dengan penuh bersemangat bagi menggerakkan negara ke arah mencapai Wawasan 2020,” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup pada mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC ke-26 di sini hari ini.

MSC Malaysia merupakan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi nasional yang diwujudkan bagi menarik syarikat-syarikat teknologi bertaraf dunia dan dalam masa yang mempersiapkan industri ICT tempatan.

Dalam usaha menangani jurang kemahiran dari segi saintis data yang ada di negara ini, Najib berkata kerajaan memutuskan untuk mengarahkan agensi pemberi biasiswa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyediakan biasiswa.

“Dengan ini, ia membolehkan rakyat Malaysia dilatih sebagai saintis data bagi ijazah pertama, ijazah sarjana dan PhD dan ini boleh dilakukan dengan segera kerana kita mahu ia ditambah bagi mengatasi jurang kemahiran,” katanya.

Najib juga mengumumkan Malaysia akan menjadi hos Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) pada 2020, yang akan dianjurkan bersama oleh MDeC dan PIKOM.

Pemilihan penganjur itu diumumkan pada WCIT 2014 di Guadalajara, Mexico, baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi penganjur WCIT, selepas kejayaannya menjadi penganjur siri ke-16 pada tahun 2008 di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd