• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bakal Bina Jalan Bercampur Getah

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka dapat membina jalan daripada getah pada Jun tahun depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah berkata banyak negara telah menjalankan kajian mengenai pelbagai kegunaan getah terutama untuk sektor pembinaan.

“Sesetengah negara menggunakan getah asli (NR) untuk membina jalan. Malaysia juga akan menjadi antara negara berkenaan,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini selepas merasmikan Persidangan Getah Tahunan Ketujuh anjuran Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli, bertemakan ‘Kelestarian Ekonomi NR yang Saksama’.

Uggah berkata jika harga terus bergerak pada kadar perlahan, ada kemungkinan getah asli akan diguna untuk membina jalan.

Katanya Thailand yang telah menjalankan ujian, mendapati walaupun pelaburan awal tinggi, kos penyelenggaraan adalah rendah untuk jangka panjang.

“Jalan daripada getah juga sebagus jalan tar atau bitumen. Thailand menggunakan 3.3 tan getah asli sekilometer untuk pembinaan jalan,” katanya.

Uggah berkata antara langkah segera yang diambil bagi menyokong industri getah asli ialah menanam semula pokok getah di kawasan seluas 50,000 hektar bagi menggantikan pokok berusia lebih 20 tahun.

Terdahulu dalam ucapannya, Uggah berkata kerajaan menyambut baik cadangan persatuan pengeluar getah Thailand, Indonesia dan Malaysia baru-baru ini untuk tidak menjual di bawah harga RM1.50 sekilogram.

“Jadikan ini ujian yang mengukur keazaman dan persaudaraan kita dalam menyelesaikan krisis harga sekarang,” katanya. – BERNAMA

Tags: getahJalan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MISTAKES: Antara Iklan Keselamatan Jalan Raya Paling ‘Real’ Pernah Dihasilkan

MISTAKES: Antara Iklan Keselamatan Jalan Raya Paling ‘Real’ Pernah Dihasilkan

28/11/2025
0

MISTAKES: Antara Iklan Keselamatan Jalan Raya Paling ‘Real’ Pernah Dihasilkan, Pernah Ditarik Balik Kerana 'Terlalu Berkesan' OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

21/01/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Tindakan orang ramai yang berhenti di bahu jalan Jambatan Sungai Pulai, di sini, untuk merakam gambar pemandangan, dibimbangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd