• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MaGIC Laksana 8 Program Sejak Dilancarkan Pada April

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang berpusat di Cyberjaya telah melaksanakan lapan program keusahawanan sejak dilancarkan April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata antara program yang telah dan sedang dijalankan ialah dialog usahawan, Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT 2014) dan kem keusahawanan sosial.

“Kita juga akan menghantar 70 usahawan dari 42 buah syarikat ke Universiti Stanford bulan depan untuk dedahkan mereka kepada syarikat tersohor seperti Google dan Facebook di Amerika Syarikat,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) dalam persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

MaGIC yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa melawat negara ini April lepas, bertujuan memupuk serta membangun program keusahawanan khasnya usahawan muda.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata Startup Academy MaGIC (MSA) yang dilancarkan semalam juga akan berperanan memberi pendedahan serantau dan global bagi membantu syarikat permulaan Malaysia menembusi pasaran Asean.

Katanya program lain yang dijalankan ialah mengadakan 24 forum dan bengkel untuk kumpulan sasar tahun ini, mewujudkan pusat platform MaGIC yang memberi usahawan akses kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dengan keusahawanan.

Menjawab soalan tambahan Reezal Merican, Ahmad berkata peranan MaGIC tidak bertindih dengan Yayasan Inovasi Negara, malah kerajaan akan sentiasa memastikan MaGIC akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk membangunkan usahawan.

“Ia tidak dianggap bertindih tetapi akan sediakan pelbagai peluang. Saya akan pastikan program anjuran MaGIC akan sampai ke semua negeri seluruh negara untuk pastikan semua usahawan termasuk usahawan luar bandar dapat akses MaGIC,” katanya.

MaGIC menyediakan peluang kepada usahawan muda Malaysia bagi merealisasikan impian mereka dan menjadi platform kepada golongan itu untuk menghasilkan serta membangunkan idea-idea perniagaan yang berjaya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Maslanusahawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendekatan Politik Zaman Moden Perlu Ada Kepelbagaian – KJ

Next Post

Lihat Apa Yang Lelaki Ini Sanggup Buat Untuk Hidup Selamanya

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

Lihat Apa Yang Lelaki Ini Sanggup Buat Untuk Hidup Selamanya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd